
Salam,
Pertama sekali, aku mintak maaf sebab rasenye dah 3 bulan aku tak buat post baru. Sibuk katekan (yeke??.. haha)
Sejak terbang nih, ni adalah post pertama aku. Meh aku cite skit pasal negara nih.
Poland.
Sebuah negara kat Northern Europe. Capital city is Warsaw (Warszawa).
Agak menarik. Kire best gak la.Biase la Europe, 4 seasons. Sekarang musim luruh. Tapi nak masuk musim sejuk. Memang sejuk la bhai. -25 degree Celsius (tu yang senior aku cakap). Sejak aku duk sini pernah sampai -10 degree Celsius.
Tempat menarik kat Polska nih aku pon tak sure la. Tapi orang kate Krakow adalah tempat yang best untuk dilawati. Kat Warsaw nih, Old Town dan shopping mall (Fashion House, Arkadia, Mokotow, Zlote Trasy dan macam2 lagi la) adalah tempat yang menarik.
Tapi,
Malaysia tetap negara terbaik la.
Malaysia ada KLCC. Poland tak ade.
Malaysia ada banyak kaum. Poland tak ade ramai sangat kaum.
Malaysia ada cuti time Raya Korban. Poland of kos la tak ade.
Malaysia banyak masjid. Poland ada satu je yang kat Warsaw nih. Kire2 dalam 30 minit dari rumah aku.
University kat Malaysia ada surau. Mudah nak solat. Kt Poland ktorg solat kat bawah tangga je.
Makanan halal berlambak kat Malaysia. Kat Poland agak susah nak cari.Kalo tersilap boleh makan babi.
Aku tulis nih bukan pe. Bukan maksud tak bersyukur dapat fly ke Poland nih. Bukan pulak nak buat propaganda supaya orang tak datang Poland.
Tapi, nak bagitahu, bersyukurlah dengan negara Malaysia kita. =)
Tu kire mukadimah aku sempena first post since aku kat Poland nih.
Nak cite la. Pada 19 hingga 24 hb 12, aku bersama Jiji, Aiman aka Bang Long, Amin, Irfan, Aizul Krakow, Tauke ayam kite Bro Hamdan, President Bro Hanan, Bro Din, dan Bro Megat pegi Czech Republic.
Sumpah aku mula-mula tak nak pegi (nak studi la kononnye). Pastu orang rumah nih ajak aku. So, aku pergi la.
Mula-mula tuh, aku expect cam boring la.Sebab campur bebudak Czech sekali. Last2, bapak la best syial!!!
hahaha..
Hari fes sampai, ktorg disambut la oleh Bro Anam (senior kt Czech). Die bawak pegi kt masjid. Pastu masjid tak bukak pulak dah. Ktorg letak la dulu beg. Pastu pegi kat tempat mula2 sampai. Lepak2 kt situ sambil makan2 sandwich. Lepas tuh, ktorg terus pegi Old Town Czech nih. Mula2 pegi makan dlu kat kedai Pakistan. Pergh!! best dowl nasi berayni die. Pastu ktorg pegi lawat Astronomical Clock. Pastu pegi kt Charles Bridge. Tak sampai lagi kat Charles Castle, ada orang cam letih gile nak jalan. So, ktorg balik la kat Masjid. Malam tu ada cam sesi ice breaking la. Kenal2 budak Czech. =)
Hari kedua. Bangun awal dalam kol 4 pagi sebab ktorg kene bertolak pegi ke tempat lain (lupe name die pe).
Sampai je kat sane, letak2 beg pastu rehat jap. Dalam kol 10 pagi, ktorg terus pegi kt tempat main ski. hehe. First time nak main. Of kos la excited. hehe. Lepas pakai kasut ski sume tuh, ktorg dibahagi dalam group. Aku dapat instructor name die Igor. Baik dan best gak la die tu. Dalam kepala aku, ski nih senang je. haha. Pastu fes time turun kt slope untuk beginner tuh aku dah jatuh. hahahahaha.. Malu gile time tuh. Tapi nak buat cam mane. Dah name orang baru main. haha. Pastu main la ktorg nih ski sampai la maghrib. Sumpah penat. Malam tu, kire cam nak hilangkan penat la, ada tayangan movee. Bhagat Singh tajuk die (Hindustan la). Best gak la. Tapi aku cam tak berapa nak layan sebab letih. Lepas je habis movee tuh, aku balik bilik baring2 then terus tido. huhu.
Hari ketiga.Bangun dalam kol 6.30 pastu ktorg solat Subuh kat bawah same2. Lepas sarapan tuh, Anam bgthu suruh siap2 nak balik Prague. So, kemas la barang skit. Dalam kol 10, ktorg main 1 game nih name die Snowman. Alah name Snowman, of kos kene buat snowman dari snow. Tak nak bangge mane la tapi nak bangge gak skit. Group aku buat snowman paling comel.Pastu, main perang2. Main game tuh amat2 penat. Pastu ktorg jalan2 la pusing2 tempat tu (aku lupe name die tapi bukan dalam Prague). Pastu ktorg main game bobsleigh. Die cam roller coaster tapi bagi aku cam lagi best la.hehe. Pastu ktorg balik Prague. Lepak kat masjid time mula2 ktorg sampai tu. Malam tu, Dr Zakuan bagi cam motivasi skit ktorg. Pasal pemuda zaman sekarang.
Hari last. Lepas bangun tdo. Solat subuh pastu ktorg orang ada sesi bacaan Al-Quran dan sekali dengan maksud. Dr. Zakuan yang handle pagi tu. Lepas subuh tu, ktorg kemas2 barang pastu sarapan. Pastu ada cam sesi muhasabah diri oleh Hamdan. Lepas habis sume tuh. Sesi penutup. Ada short movee yang Megat buat sepanjang ktorg kat sane. Dalam kol 12, tamat la kem kt Czech nih. Demi nak rase lagi Pakistan punyer makanan, ktorg pegi kat kedai yang sama time fes datang pastu makan. Best!! hehe. Ktorg balik ke Warsaw lepas beli2 cenderamata skit kt Old Town.
Secara konklusi, percutian aku kat Czech nih best gile!! Rase cam aku nak honeymoon kat Czech. hahaha. Sekian. =)













